Monday, September 30, 2013

lekeh

Macam tak adil untuk aku,
Bila dilekehkan seperti itu,
Aku tak pernah saja-saja label manusia itu bagaimana cuma bila aku tengok dalam-dalam dan kemudian aku ludah kan semuanya.
Itu bukan menilai tapi menilaian-
Dan setiap satu ayat itu maksudnya berbeda dan tak pernah serupa.
fahaman kau begitu fahaman aku begini,
Tolong sikit pun jangan kau samakan.
Kalau kau rasa bangga di kelilingi manusia yang sekadar datang tanpa beri permisi mahu pergi itu hal kau,
Tapi untuk aku itu dinampakkan bagaimana palat hidup kau,
Sekalipun cantik taraf muka kau pada aku hidup kau tu tetap biasa-biasa.
Iya--
Rupa aku tak setaraf kau apetah lagi nak dikelilingi manusia yang sekadar datang suka-suka tapi satu nya aku,
Nilai aku bukan suka-suka
Dan aku tak perlu manusia lain yang hanya sekadar datang dan pergi untuk satu hari atau mungkin satu waktu,
Dan sikit pun aku tak terbangga didekat manusia untuk suka-suka kerna nilai aku tak setaraf harga barang, 'mahu di ambil dan bila tak mahu dibuang'

No comments:

Post a Comment