Sunday, August 25, 2013

aku tak pasti jahil kau ditahap mana,
tapi kalau sampai wanita itu diperlaku seperti tiada harga,
aku teringin mahu tahu mak bapak kau itu apa namanya,
diajar ke engkau dengan adab ?
diajar ke engkau dengan cara melawan manusia lain ?
atau mungkin diajar engkau supaya berkasar dengan manusia sejawat mak kau ?
atau mungkin tiada salahnya mak bapak engkau cuma engkau yang bodoh berhambakan syaitan ?
mengajar itu ada cara, bukan di campak tangan kaki dan kemudian settle semuanya,
mengajar tu ada adab, bukan sesuka hati melambung-lambungkan nyawa orang,
kau fikir lepas disahkan kau sebagai suami besar sangat ke darjat kau ?
lepas dinikahkan kau oleh tok kadi tinggi sangat ke kuasa kau ?
atau mungkin kau fikir selepas puas bermain dan menjadi bapa, kau punya diri dah setaraf Tuhan ?
kau fikir wanita ni apa ?
bangkai hidup ?
diludah, dipukul, diterajang tetap mati tak rasa apa ?
kau fikir harga kami ini memang untuk dilakukan seperti itu ?
atau mungkin kepala kau sekadar manusia tapi isinya tak ubah seperti binatang tiada guna ?

jadi adam yang tahu isi hawanya apa
jadi lelaki yang tahu tinggi hawanya dimana
bukan diperlakukan hawanya seperti tiada harga
bukan dimainkan hawanya seperti tiada apa,

Tuhan tak jadikan adam hawa itu suka-suka
Tuhan juga tak jadikan lelaki wanita itu saja-saja
jadi manusia adam,
jadi manusia hawa,
Tuhan tak ganti lelaki kedua mahupun wanita kedua

No comments:

Post a Comment