cinta soya kita dah lama mati,
tapi yang masih tak mati lagi adalah perasaan aku,
bila aku kira balik dah terlalu lama cinta tu mati,
seratus empat puluh satu hari lepas kau ludah aku dengan kata
'aku dah penat dengan setiap rasa ini'
dan aku cuma mencuba sedaya upaya pertahankan diri.
setiap taip'pan message aku pada kau tu sia-sia.
beratus kata aku ludahkan, kau tetap tak mahu kan ?
kata kau aku ni ego nya tak pernah mati
kata kau lagi aku ni tak pernah cuba untuk katakan 'ia' untuk setiap mahu kau.
lelaki, datang kau mungkin sekadar menghiburkan hati
tapi untuk aku rasa tu terkandas sama sekali.
rasa aku tak mati lagi, dan aku tak tahu rasa ni akan bertahan sampai mati atau sekadar tahun ini.
aku mungkin tak pernah kata sejujurnya pada kau tentang perasaan aku,
tapi aku mahu kau tahu rasa ini tetap juga tak mahu mati sehingga ke hari ini.
aku tak mahu merayu pada orang yang tak tentu ditakdirkan untuk aku,
tapi hidup ini sekali, kalau aku tak cuba sebaiknya macam mana untuk aku tahu siapa yang ditakdirkan untuk aku bukan ?
rasa ini ada tapi aku tak pasti sampai bila,
maaf.
No comments:
Post a Comment