jalan ini bukan jalan lurus,
ada siang ada malam,
ada terus dan ada belok,
dan tak tentu jalannya akan sentiasa lurus,
ada waktu lorong yang gelap harus dihadap
sebelum kembali ke jalan yang sebetulnya
Tuhan, aku dah lalui lorong gelap,
dan aku mohon selepas detik ini
lorong gelap itu dah sampai ketarikh peluputannya
bukan aku cuba lawan kerja Mu tapi aku takut
setiap lorang itu jadi dadah buat aku.
aku tak risau dipanggil perempuan lorong kerna aku tahu
yang dipandang Kau bukan diri aku tetapi apa yang didalam aku.
aku tak tak takut dipanggil jalang kerna aku tahu disini aku tak mampu
diberi kebenaran tetapi disana nanti pasti kebenaran itu ada.
berkati.
No comments:
Post a Comment