otak aku dah start stuck
bila kiri kanan yang dibincang semuanya tentang PRU13,
ye, aku tahu ini masa depan negara tapi jangan sampai bercakap tak pakai otak,
parti itu salah,
parti ini betul,
kau makan rasuah berjuta,
aku makan rasuah beriban,
kau liwat anak orang,
aku simpan perempuan simpanan,
kau banyak dosa,
aku tak da dosa,
eh, agama itu bukan untuk dipolitikkan,
kau nak politik, politik la sampai masuk kubur
tapi sampai agama pun nak dipolitikan, kau tak rasa 'errr' ke
yang memaki sesama melayu, cina india duduk tepi tepuk tangan,
kau suka macam tu ?
yang berarak beriya sesama melayu, cina india mana lari ?
aku tak berpihak pada sesiapa tapi yang aku pandang itu lah,
kau mintak kerajaan islam tapi kau pun melayan anak ayam malam-malam,
kau mintak kerajaan islam tapi diri kau pun masih sibuk dirumah pelacuran,
apa yang kau harap 'kata' dari budak muda macam aku ?
mahu hormat ?
mahu diagungkan ?
kau gila lah !
untuk aku, lebih baik yang nampak 'setan' depan-depan
dari yang berselindung dan tak nampak 'setan'nya ditahap tinggi mana.
dan tolong jangan politikkan agama,
jangan nak cari redha Allah sampai kau politikkan setiapnya,
pandang masa lampau kau dulu sebelum nak mengata setiapnya.
No comments:
Post a Comment