hidup setiap orang ada naik turun
seminit gembira dan seminit lagi duka
setiap hidup ada permainan
setiap permainan ada kalah menang
dan orang yang betul-betul hebat akan bermain dalam keadaan jujur
sama juga macam hubungan
permainan bermula bila kita jumpa dan kejujuran dinilai dipertengahanya
dan penghujungnya ada kalah dan ada pemenang
permainan yang adil mungkin akan berakhir dengan berjabat tangan
tapi permainan yang tak tentu adil mungkin akan berakhir dengan kata makian
setiap orang ada salah dan setiap orang ada kekurangan
tapi benda itulah yang menyeronokkan dalam setiap permainan
mungkin diawalnya aku bermain dalam keadaan yang sedang-sedang
tapi pernah kau nampak macam mana aku dipertengahanya?
aku tak mahu kita kalah dan aku tak harap kita menang
tapi apa yang aku harapkan takda seorang daripada kita akan tikam belakang
itu aku harapkan !
aku tak pernah kalah dalam menilai hati sendiri
dan kalau kau rasa hubungan yang pernah kita jalin ni hanya permainan dari aku
sebenarnya kau salah .
permainan ni kau yang cipta dan aku harap kau akan jumpa penamatnya
bukan aku menilai kau buta-buta tapi mungkin kau lebih tahu kejujuranya kan ?
No comments:
Post a Comment