aku dah mula rasa hati
kenang balik 5 tahun lalu waktu kali pertama ditinggalkan orang pertama
berkasih bertahun dari mula zaman remaja hingga sampai separuh jalan engkau hentikan.
kau hentikan setiapnya sampai satu tahap aku hilang punca
walau pada logiknya aku masih dizaman budak-budak yang tiada akal lagi
aku ingat lagi hari-hari aku hanya pada cinta novel bodoh
imaginasi aku hanya pada novel dan selepas itu cinta aku berubah pada tidur
selagi mampu aku akan tidur
selagi boleh aku nak pejam mata
moga-moga setiapnya hilang sendiri tapi realitinya satu pun tak berkesan
dengan alasan kita takda jodoh kau hilangkan diri
lama kan ?
2 tahun lepas tu kau muncul dengan 'msg' pendek cukup sekadar 'MAAF'
aku tahu itu kau walau masa tu seboleh mati kau taknak tunjuk diri kan ?
kata kau,kau perlu maaf dari aku untuk terus hidup
mulanya aku tak faham tapi semakin aku besar semakin aku faham setiapnya
aku hormat dengan cara kau walau kadang-kadang aku rasa setiap permainan kau itu tak semulia mana
terima kasih sebab jatuhkan aku 5 tahun lalu dan datang hidupkan aku 2 tahun lalu
walau sekarang setiapnya berubah
walau sekarang kita tak pernah bertegur
tapi sekurang-kurangnya setiap yang jadi ada kekuatan yang boleh aku ambil dari situ
sekarang mungkin aku jatuh tapi esok lusa semunya berubah
setiapnya berubah hari-hari kecuali mati
terima kasih ajar hidup walau peritnya masih ada sikit sampai kehari ini
No comments:
Post a Comment