kau lemparkan aku dengan kata 'sombong' hanya kerna aku menyepi diri
bukan aku sombong cuma aku tengah berikan kau sedetik waktu untuk fikir tentang diri aku
selepas berbulan aku sibuk puaskan waktu hanya untuk fikirkan tentang kau.
aku letakkan diri sendiri ditempat paling rendah hanya untuk kau
dan sekarang aku dah jadi lali untuk setiap rasa itu
kau tunjukkan aku bagaimana rasa digampangkan
dan aku ikut tunduk dengan rasa itu
tapi itu dulu dan hari ini aku campak semua rasa untuk aku kuatkan jiwa sendiri
aku tak pernah rasa dibuang cuma aku rasa 'diasingkan'
kau takkan pernah rasakan ?
tapi itu rasa aku
itu rasa dipihak aku !
kalau pun kau kata kau kasih dengan jujurnya aku jawab aku tak rasa kasih tu
sungguh aku tak rasa apa melainkan 'TERASING'
jiwa kita lain,perasaan kita lain
bagi kau itu biasa tapi bagi aku bagaimana ye ?
aku terlalu memberi ke sampai satu tahap kau lansung tak mahu menerima ?
aku cuba tunjuk bahwa hati aku bukan milik pelacur tapi aku rasa hati aku bagai dilacur !
dimahu ambil dimarah buang
pernah rasa hati aku ?
duduk ditempat aku,rasa jiwa aku bagaimana sakitnya
mungkin ini sebahagian 'karma' untuk aku
aku lari mana pun aku tetap rasa kan ?
terima kasih pulangkan karma dosa lama aku
moga Tuhan maafkan cerita lama aku
dan berkatikan hari aku nanti
doa untuk kita ye misyal
I feel it too, totaly same. Hm
ReplyDelete