Saturday, November 19, 2011

pergilah,ak tetap disini

Kalau boleh ditimbang perasaan aku terhadap kau, aku rasa penimbang itu tidak cukup mampu untuk menjumlahkan berapa. Kerna kasih aku pada kau, adalah tertinggi dalam hidup aku.
Aku tak tahu dan tidak mengerti kenapa. Saat kau kata; hari ini aku bebaskan kau kerna aku sendiri tidak pasti berapa tahun lagi aku boleh ikat kau untuk menjadi isteri. Atau, aku tidak mahu kau tersiksa melihat kondisi aku yang seperti ini.


Aku sepak kata itu jauh-jauh sambil aku yakinkan kau dengan ; aku akan tunggu. Setiap kau kata; aku belum mampu, dan aku dialogkan lagi tanpa jemu. Kemudian bila hujan reda, kita kembali berjalan setelah berlindung di satu pondok usang.


Dalam titian dan perjalanan cerita kita, aku selalu mencontohkan kau kepada kawan-kawan tepi aku yang setiapnya punyai konflik dalam jalan berlobang cinta.
Seorang lelaki muda, punyai wawasan dan cita-cita. Seorang lelaki optimis dan punyai prinsip dan matlamat. Memiliki kau, seorang lelaki untuk zaman sekarang, aku tahu dalam seratus hanya satu yang boleh pakai.


Yang lain banyak bohongnya, banyak simpatinya kepada wanita-wanita tunggal. Sudahlah. Sudah berkali-kali aku menagih cinta lelaki, jangankan kata cinta, dulu sebelum kau, aku ini umpama kekasih bagi seorang lelaki yang tak pernah ada harga. Dikasih hanya kerana kasihan.


Dipukulnya aku hanya kerana sms dan cemburu buta dia. Dianggap aku ini tidak pernah ada nilai saat aku bersama keluarganya. Hingga satu saat hati aku yang terlalu mencinta ini dipudarkan dengan kuasa Tuhan untuk aku pergi kepada lelaki lain hingga disatu saat, aku ditemukan oleh kau. Sang arjuna.
Jalan ini cantik, jalan ini indah. Dari Tuhan dia datang, pada dia kita ikhtiar. Cuma dalam kondisi aku dan kau, aku sudah bekerja manakala kau baru saja tamat kuliah dan cuba untuk melangkah setelah kau bertatih dalam kejar kerjaya.


Terlalu lama kita berkasih hingga kau ungkap kata pergi dengan hanya kau tidak berapa yakin langkah ini sampai mana? Melepaskan aku untuk aku terbang mengejar lelaki lain yang aku sendiri tidak yakin adakah aku akan ditemukan lagi sang arjuna seperti kau yang tiap saat tak pernah jemu sayang dan kasihkan aku.
Tapi kini kau tetap bertegas untuk pergi hingga beberapa kali kau merayu untuk tolong diizinkan sambil ulas ; kalau ada jodoh tak kan kemana. Tapi sejenak aku fikir, selama kau berkasih dengan aku, cinta aku ini apa? Atau mungkin juga. Anggap aku ini percubaan untuk kau ambil dan tinggal?
Jujur, setelah kau jauh ke tempat baru aku sudah semakin tidak mengenali kau. Hingga kau ungkap kata lagi untuk tinggal. Air mata aku sedikit pun kau tak sapu dan biarkan ia jatuh membasahi bahu kau kemudian kau bergegas tetap mahu pergi.


Aku sudah cuba untuk kata jangan. Tapi kalau kau sendiri tidak mahu , apalah kudrat aku seorang wanita untuk kata TOLONG SINI. Hingga tadi kau terus pergi tanpa, tanpa melihat aku dan menyahut pelukkan aku.
Duhai kekasih aku tetap sini. Menagih kasih sang arjuna kau. Satu hari nanti, terbanglah ke dalam jiwa aku. Tidak terbang keluar lagi.

ps/encik awan

No comments:

Post a Comment